Isi Kandungan

Ingredients - One Serving Contains

Ramuan Utama
Setiap hidangan Sanox Viva mengandungi:
Ekstrak Teh Hijau (EGCG atau Epigallocetchin gallate)
Resveratrol 10 mg
Ekstrak delima 32 mg (Ellagitannin)
ATP
Vitamin C 200 mg


GreenTea

Teh Hijau
Teh hijau (EGCG) telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dulu di sekitar Asia untuk hidup panjang umur, memperbaiki fungsi mental dan mencegah penyakit. Teh hijau hanya menjadi popular sebagai tonik penyembuhan dalam tempoh tiga puluh tahun yang lepas. Hasil daripada rekod sejarah dan kajian terkini, teh hijau telah berubah daripada minuman biasa ke makanan kesihatan terbukti menunjukkan keupayaan teh hijau dalam peningkatan taraf kesihatan. Beribu-ribu kajian saintifik telah menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau:

  • Menyokong metabolisme lemak, menggalakkan pengurangan berat badan
  • Lebih efektif membakar lemak perut berbanding ubat pengurangan berat badan berdasarkan kajian klinikal
  • Menyokong penghasilan tenaga dan thermogenesis
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular
  • Menggalakkan kepanjangan umur
  • Mengurangkan risiko strok dan serangan sakit jantung dengan mengurangkan agregasi platelet
  • Menyokong tahap kandungan gula dalam darah yang sihat
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Melawan penyakit berkaitan dengan inflamasi

Bagaimana EGCG membakar lemak?
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa EGCG membantu membakar kalori dan lemak dengan merangsang thermogenesis—satu proses metabolik semula jadi di mana badan anda  membakar kalori untuk menjana haba, dan pada masa yang sama, lipolisis (ataupun pembakaran lemak) berlaku. Ekstrak teh hijau merupakan suatu alat yang selamat dan semula jadi dalam pengurusan berat badan, dan pada masa yang sama memberikan pelbagai manfaat yang unik dan berharga terhadap kesihatan kita.

EGCG juga dibuktikan berupaya menindas enzim daripada memecahkan norepinephrine supaya kesan-kesan biologikal (seperti meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan pemecahan lemak, dan sebagainya) dapat dipanjangkan. Teh hijau juga bertindak mengurangkan kadar pengambilan makanan dan menindas enzim-enzim utama dalam penyimpanan lemak.


grape

Resveratrol
Resveratrol merupakan antioksidan hebat yang dijumpai dalam anggur merah dan wain. Beratus-ratus kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol menyokong kesihatan kardiovaskular dan memberikan manfaat anti penuaan. Beribu-ribu kajian saintifik telah menunjukkan bahawa Resveratrol:

  • Menyokong peredaran aliran darah yang sihat
  • Merehatkan endothelium pada arteri, mengurangkan tekanan darah tinggi dan risiko darah beku
  • Menyokong fungsi otak, memperbaiki kadar ingatan dan mood di kalangan warga tua
  • Meningkatkan tahap HDL, sejenis kolesterol baik
  • Merangsang penghasilan sel stem dewasa, yang boleh meningkatkan sistem imun anda
  • Menyokong kawalan paras glukosa yang sihat dan kepekaan insulin di kalangan individu yang menghidap diabetes

Bagaimana Resveratrol membantu mengurangkan serangan jantung dan strok?
Resveratrol menipiskan darah dan menghalang pembekuan darah di arteri koronari dengan menghalang agregasi platelet. Platelet merupakan sel terkecil di dalam badan anda. Salah satu fungsi platelet adalah untuk membeku atau menkoagulasi darah anda. Akan tetapi, apabila platelet merengsa ataupun meradang, mereka akan melekit dan menggumpal bersama. Seterusnya, gumpalan tersebut akan mengakibatkan pembekuan darah dan akhirnya serangan jantung ataupun strok. Resveratrol mencegah platelet daripada melekit dan juga menghalang plak daripada melekat pada dinding arteri. Oleh kerana ia turut mempamerkan ciri-ciri lain yang bermanfaat, ia berkemungkinan lebih baik daripada aspirin dalam mengurangkan agregasi platelet.

Resveratrol turut dibuktikan berupaya mengurangkan keradangan dan kerosakan di saluran darah akibat homocysteine--satu petunjuk keradangan arteri—menjadikan ia salah satu suplemen pemakanan yang penting untuk ditambah kepada rejimen kesihatan kardiovaskular anda.


pomegranate

Ekstrak Delima
Ekstrak delima seumpama sebuah farmasi kepada dirinya sendiri. Ia telah digunakan selama ribuan tahun untuk mengubat pelbagai penyakit dan dijumpai di dalam tulisan kuno Greek, Hebrew Buddha, Islam dan Kristian. Ia mengandungi polifenol kuat yang dikenali sebagai ellagitannin yang ditukar kepada asid elagic di dalam badan manusia. Asid elagic adalah antioksidan kuat yang menyokong integriti DNA, menggalakkan kesihatan selular. Beribu-ribu kajian saintifik telah menunjukkan bahawa esktrak delima:

  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser
  • Menyokong penyakit kardiovaskular
  • Membantu menormalkan tahap kolesterol dan trigliserida
  • Mengurangkan risiko strok dan serangan jantung dengan mengurangkan agregasi platelet
  • Meningkatkan penghasilan nitrik oksida yang merehatkan saluran darah untuk pengaliran darah yang normal
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mencegah penyakit gusi

Bagaimana ekstrak delima menghasilkan banyak manfaat kesihatan?
Ellagitannin ditukar kepada asid elagic oleh badan manusia. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa asid elagic adalah salah satu antioksidan semula jadi yang kuat, bermaksub ia boleh menyokong integriti DNA dan menggalakkan kesihatan selular secara keseluruhan, satu keperluan dalam melawan keradangan dan penyakit.


Karl Lohmann

ATP ditemui oleh
Karl Lohmann

Paul D. Boyer

Anugerah Nobel Kimia 1997
Bahagian anugerah: 1/4
Paul D. Boyer

John E. Walker

Anugerah Nobel Kimia 1997
Bahagian anugerah: 1/4
John E. Walker

Jens C. Skou

Anugerah Nobel Kimia 1997
Bahagian anugerah: 1/2
Jen c Skou

ATP
ATP (Adenosina trifosfat) adalah sumber tenaga utama untuk setiap sel dalam badan anda. Ia adalah asid amino yang berupaya menembusi mitokondria—penjana kuasa sel—untuk menghasilkan lebih tenaga. Apabila usia semakin meningkat, kita memerlukan bantuan untuk mengelakkan penyakit. ATP yang terkandung dalam Sanox Viva boleh membantu secara semula jadi.

ATP ditemui pada tahun 1929 oleh tiga orang pakar saintis, yang seterusnya dianugerahkan hadiah Nobel bersama-sama pada tahun 1997 untuk penemuan tersebut. Steve Lee, Ph.D., ahli kimia pertama menformulasikan ATP untuk pengunaan suplemen oral, memegang paten US untuk ATP yang terkandung dalam Sanox Viva.Pelbagai kajian saintifik telah menunjukkan bahawa ATP:

  • Menyokong metabolisme yang sihat
  • Menggalakkan pembahagian sel yang betul, yang penting untuk mencegah kanser
  • Menyediakan tenaga penting untuk atlet ataupun sesiapa yang memerlukannya

Bagaimana ATP membantu menghasilkan tenaga di dalam badan?
ATP berfungsi sebagai pembawa tenaga di dalam semua organisma hidup daripada bakteria dan kulat sehingga tumbuhan dan haiwan termasuk manusia. ATP menangkap tenaga kimia yang dibebaskan menerusi pembakaran nutrien dan memindahkannya kepada tindak balas yang memerlukan tenaga sebagai contoh pembinaan komponen-komponen sel, penguncupan otot, penghantaran isyarat saraf dan banyak lagi fungsi lain. ATP dikenali sebagai mata wang tenaga untuk sel.

  • Vitamin C bermanfaat untuk banyak proses dalam badan termasuk sokongan imun, penghasilan kolagen, sokongan kardiovaskular dan sebagai sokongan anti penuaan.
  • Vitamin B3, juga dikenali sebagai niacin, membantu metabolisme tenaga, menurunkan tahap kolesterol, mengekalkan peredaran darah yang sihat, dan menyokong fungsi otak.
  • Vitamin B12 menurunkan homocysteine (salah satu penanda keradangan yang terlibat dalam penyakit jantung) dan membantu menyokong sistem kardiovaskular, fungsi kognitif, sel saraf dan kesihatan pencernaan.